Wednesday, 20 June 2012

Terima Kasih Follower ke-100

Terima kasih kepada follower yg ke-100 kerana telah menggenapkan agka ratus ke dalam blog AyuDotComSiPemalu dan tak lupa juga milion2 terima kasih kepada dari yang pertama follower blog ni hingga lah kepada yg ke-100 follower blog ni.. terima kasih sekali lagi! aku rasa terharu sgt sbb ada juga yg sudi folo blog aku yg tak seberapa ni..aku mula berjinak2 dlm dunia blog berawal dari april 2012, Alhamdulillah syukur sangat walaupun masih baru dalam dunia berblogging ni ada juga yg sudi meng'folo..

terjalin kemesraan di antara kita



semoga dengan adanya terjalin ikatan di antara semasa blogger kita semua lebih mesra.. kalau boleh jangan menjatuhkan sesama blogger,jika ada yang tak kena tegurlah secara baik dan berhemah.. "jangan kerana apa yg kita tulis boleh mengguriskan hati si pembaca " 

jika anda suka dengan penulisan aku, folo lah
mesti ada yang kata " alah,perasan lah ayuDotComSiPemalu ni,baru follower 100 dah nak heboh2 " takpe.. aku buat semua ni kerana aku menghargai semua yang membaca blog aku ni.. itu bermakna ada juga yg menghargai penulisan aku.. insyaAllah..lepas ni aku akan bawa artikel2 yg lebih menarik masuk ke blog ni semoga korang semua lebih seronok utk membaca kan.. takpe.. dari ratus boleh jadi ribu,dari ribu boleh jadi ratus ribu,dari ratus ribu mana tahu jadi juta pulak follower blog ni kan.. siapa tahu ? hehee.
dari awal aku buka blog ni sekadar suka2 utk meluah perasaan je..


p/s: panjang pulak ucapan aku ni dah macam YB rasanya..hehee.. ok,lah..aku nak sambung kerja mengpacking barang2 utk di bawa ke kota yg indah kabar dari rupa tu.. malam ni aku dah nak bertolak kesana.. pasti kerinduan yg teramat sangat pada keluarga tercinta dan juga pada pengikut2 blog ni.. bila dah sampai sana mmg susah skit nak aktif blog.. maklulah incik masa sentiasa menjelesi aku di sana nnt..
Doakan aku selamat sampai ye..dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dlm perjalanan kesana.. Amin 

Tuesday, 19 June 2012

keinginan yang semakin menjadi2 @ mengada2 ?

sejak kebelakangan ni aku asyik nak makan je.. sekejap2 lapar,padahal baru 10minit makan tapi tekak ni rasa mcm nak makan lagi.. aku ni tak normal ke?  korang pernah tak rasa mcm  aku ni ? haishh ! tak boleh tgk gambar makanan mesti secara automatik aku rasa lapar tahap gilerr.. tak tahan nye siap mengigil2 mcm org tak makan sebulan lagi.. setelah aku mengkaji dan menjalani uji kaji pada diri sendiri.. sebenarnya benda ni ,masalah otak kita sendiri.. pernah aku cube tipu otak sendiri.. "masa tu aku mmg lapar sbb tak mkn lagi so aku pun makan lah nasi sehingga kenyang..dan selepas itu tak sampai sepuluh minit tekak aku rasa mcm nak kena sumbat sesuatu lagi, aku pun dengan segera minum sekotak air milo " dan lepas tu rasa lapar tu dah hilang dgn sendirinya.." itulah tektik menipu otak kita sendiri" (rahsia ehh,jgn bgtahu org lain) hrmm.. u see! sebenarnya kita bukan lapar sgt,tapi mengada2 lebih kan..hehee










hahaa.. mesti korang terliur tengok gambar2 ni kan... jangan2 ! itu semua hanya mind set kita je..
tapi sekarang ni aku mmg tengah teringin giler nak makan pavlova.. tengok org2 dok post dlm fb,twitter dan blog2 gambar pavlova ni nampak mcm sedap je.. serius ..aku tak pernah rasa lagi pavlova dan mmg teringin sangat nak merasainya.. dekat kedai2 mcm mana yg blh dapatkan pavlova ni ye ? plss plsss..

nampak mcm sedap sgt !

p/s : kalau ada sape2 yg tahu dekat mana blh dapatkan pavlova yg nampak mcm sedap ni,tlg bagitahu ye :)

Monday, 18 June 2012

jom jogging ! mari kita amalkan gaya hidup yang sihat

sekarang aku dah mula berjinak2 kembali ke dunia perjoggingan.. badan pun rasa best je bila lepas jogging. kalau tak sebelum ni asyik duk dlm ekon je pastu facebook,twitter,blog dan segala bagai internet. semua tu tak mengeluarkan peluh.. ada orang kata kalau nak keluarkan peluh " ko pergi lah duduk tempat panas,sure berpeluh" hrmm.. aku tahu,tapi tu bukan peluh yg sihat.. tapi bila kita jogging kita akan banyak mengeluarkan peluh yg sihat dan lepas tu rasa badan akan rasa bestt je..

di sini tempat aku berjogging ( mengkuang dam ) udaranya segar!

 

'abaikan org dlm gambar tu"  ( inilah trek jogging)

 kenapa perlu jogging ? apa kebaikkan jogging ?
  • boleh menurunkan berat badan
  • menguatkan jantung dengan melancarkan peredaran darah dan sistem pernafasan
  • menghilangkan tekanan
  • mempercepatkan sistem percernaan dan membantu menyingkirkan masalah pencernaan
  • mengarahkan kepada kehidupan yang lebih aktif
  • membantu memperbaiki selera makan
  • menguatkan otot kaki,paha dan punggung
  • membantu tidur lebih nyenyak
  • cara senaman paling murah (free tu)
teknik jogging yang betul
  •  Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah
  • Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit
  • Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut
  • Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.
  • Pastikan berlari atas permukaan selesa
tip penting dalam jogging
  1. Kalau yang baru nak start jogging (nak2 pulak yg 10 thn dah tak jogging), sila jogging sikit2 dulu.. 10 minit pun dah cukup. Jangan over sangat nanti pitam sape yg susah "diri anda sendiri kan"
  2. jangan lupa warm-up dulu sebelum jogging (penting ni!) "takut otot2 dlm badan kita terkejut"
  3. minum banyak air putih dan elakkan makan sebelum berjogging
  4. pakai kasut yg sesuai (jangan pulak pakai kasut tumit tinggi)
  5. jogging secara jemaah lebih afdhal (tak lah memboringkan dari sorang2 )
  6. sejukkan badan sebelum berhenti (teruskan berjalan selama 10 minit utk menurunkan kadar denyutan jantung dan setelah kembali normal bolehlah buat stretching, regangan dari bawah ke atas selama 15minit)
  7. waktu terbaik utk berjogging adalah waktu pagi kerana udara yg segar dan kandungan oksigen dalam udara adarah tinggi (alaa, klu tak sempat pagi petang pun blh dari tak jogging lansung kan? )

 

p/s: fuhh ! dapat jugak aku jogging harini..
cukuplah setakat ni dulu pembelajaran kita harini semoga topik ni memberi manafaat kepada kita semua, insyaAllah kita bertemu lagi di lain entry dgn topik yg lebih menarik







Sunday, 17 June 2012

petua untuk menghilangkan *JERAWAT*

sebagai wanita anda pasti akan merasa kurang berkeyakinan bila kulit muka mula di tumbuhi jerawat..tambah-tambah lagi kalau jerawat batu yg berderet beratur seperti nasi kandaq beratur..






di sini saya nak share petua yg saya dapat dari seorang kawan yg sekarang berada kat  jepun..setelah di tanya apakah rahsia kulit muka nya menjadi licin tanpa jerawat?..akhirnya dia membocorkan rahsia nya itu..

bahan2 yang di perlukan
1. sebiji panadol
2. sedikit air

 cara penggunaan..
mula2 hancurkan panadol sampai lunyai setelah panadol betul2 dah hancur campurkan dgn sedikit air..
lepas tu ? tunggu apalagi... tempek lah di bahagian muka yg berjerwat tu..( ingat hanya kawasan berjerawat sahaja)

untuk kulit wajah lebih cantik disamping tu anda haruslah ada produk pengjagaan wajah,jangan mengharapkan petua ni sebulat2nya..
1.pencuci muka yg bersuaian dengan kulit muka
2.toner
3.day cream/ uV

nak cantik kenalah rajin2 sikit membelainya ye...







selamat mencuba :)




produk ni yg saya pakai :)   



sekarang saya pakai produk ni ' nouvelles visage ' (pengasasnya arwah sosilawati) dan sekarang jerawat saya sudah makin berkurangan.. kalau nak cantik macam saya 'tirulah saya' hehee.. bergurau jer.. tak semua produk di pasaran bersesuai dgn kulit wajah semua org.. pilihan di tangan anda

p/s : sekian pembelajaran kita hari ini..insyaAllah kita bertemu lagi di lain entry dgn topik yg lebih menarik..:)





inilah kisah aku dan dia

kita berdua jauh berbeza bagai langit dan bumi tapi serasi.. sering saja terpisah..namun selalu merindu rinduan tapi bila bersama ada saja yang tak kena.. bila bersama jarang kita bercakap namun bila jauh sering saja bergayut mcm tak nak letak fon.. hrmm itulah kita.
lusa aku dah kena bertolak dan kita bakal terpisah lagi..sering kita berjauhan dan di sana nanti aku pasti terlalu amat merinduinya.. "terlalu" rinduuu.. sebulan rasa sekejap je masa berlalu,tup tup lusa aku dah kena bertolak ke sana..
bila dekat dgn dia aku selalu menangis " ada saja yg dia akan buat bg aku menangis" dan bila geram mula lah aku merajuk sehingga berjam2 tak bertegur sapa dgn dia.. dan bila berjauhan nanti aku pasti menagis lagi, tapi menagis kerana aku amat merindui dia..hal2 sebegini sudah masak utk kami berdua..

aku selalu mengharapkan  suatu saat nanti bila kita sudah berjaya kita tidak akan terpisah lagi oleh arus kesibukan masa.. dan sentiasa akan bersama walaupun kita banyak perbezaan di antara satu sama lain..

" aku menyayanginya.. kelmari,hari ini,esok dan semoga hingga ke Jannah "
"semoga Allah setuju"

Thursday, 14 June 2012

tanpa ku sedari airmata mengalir sedih dan sebak di dalam hati..

Dalam hidup ni kadang kita rasa sangat2 gembira dan kadang hanya airmata yang mampu berbicara.

Aku tak tahu mana silapnya,tetiba menjauhkan diri.. Klu org lain aku tak mungkin sesedih ini. Ini adik sendiri, hanya sbb teguran dia bermasam muka dengan aku.. Hanya Allah yg tahu niat aku masa tu,tak terlintas nak bg dia marah sekadar tegur apa yg salah.. ' aku kan kakak'

bg yang membaca ni mungkin anggap aku ni cerita macam ni pun nak tulis dlm blog kan? Tapi mana lagi aku nak luahkan perasaan aku.. Tak kan nak luah pada org2 sekeliling nnt tak pasal2 mereka2 benci adik aku. Aku sayang adik aku sbb tu aku tak cerita apa yg terpendam dalam hati ni..dan aku sayang mereka2 yg selalu dekat dgn ku.

Kadang tu dalam kita mendoakan kebahagian dalam masa yg sama tu juga kita di hujani dugaan.. Hidup tak selalu indah sebagaimana yg kita impikan.. Biarkan segalanya berjalan sebagaimana kehendakNya.. Kerana hanya Allah yg lebih tahu apa yg terbaik utk kita.

Percayalah.. Tiada duka yg abadi di dunia.. Sesulit apa pun dugaan yg mendatang, harus tenang dah santai saja menjalaninya..kita hanya mampu merancang tapi hanya Dia yg menentukan segalanya..

Suara hati hanya Allah yg lebih mengerti.. Ya Allah ' sekiranya aku pernah merasa tidak senang dengan kebahagiaan org lain ' maafkan aku.. Dan jauhilah aku dari perasaan iri hati dengan sesiapa sekalipun..

Sesungguhnya bahagia itu milik semua manusia.. 'jangan mengejar kebahagiaan,kebahagiaan akan lari sebaliknya mengecapi kebahagiaan yg ada disisi kerana itulah sebaik2nya kebahagiaan hati'


P/s: nampaknya dah semakin panjang luahan hati aku sebelum airmata jadi pengganti baris2 ayat lebih baik aku berhenti dulu di sini. Kadang layan perasaan sendiri blh buat kita menangis. Ok,lah.. Assalamualaikum..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 13 June 2012

perasaan yang aku sendiri tak tahu nak beri nama apa

pernah tak tiba2 korang rasa mcm nak nangis atau moody tanpa sebab ? ya ya.. tanpa sebab ? kenapa dan mengapa perasaan tu selalu menyelubungi aku semenjak dua menjak ni.. kadang2 takut juga, takut terjadi sesuatu yg tak di duga.. semoga di jauhkan.. nauzubillah..
sebenarnya aku tak tahu nak taip apa..main taip apa yg terlintas dkt otak aku ni.. apa yg terlintas time ni aku taip.. hrmm
sebenarnya.. aku cume nak meluahkan apa yg aku rasa skrg ni.. mudah2han lapang skit dada ni. tadi tgk cerita seindah sakura..jalan cerita mmg tip top..hampir setiap episod aku tak pernah ketinggalan.. dulu aku tak berapa suke sgt dgn si fasha tapi semenjak tgk citer seidah sakura.. serius ni, secara tiba2 aku minat pulak.. hrmm  ermm.. betullah kata org "masa blh mengubah rasa" sbb tu ada kata pujangga mengatakan jangan terlalu dlm membenci..dan jgn terlalu dlm menyayangi...
ntah..tetiba pulak aku suke dgr lagu ni.. bukan sini, kat bawah tu.. haish ! layan jiwang pulak..
ok..lah, mata pun dah mengantok..Assalamualaikum dan selamat malam sahabat2 semua

 
                                                                                                        
 




 





Monday, 11 June 2012

kini aku kembali setelah sekian lama menyepi

Assalamualaikum.. setelah sekian blog ini sepi tanpa tuan nya, kini tidak lagi.. ' i'm back !!!' rindu-rinduan kita tak ? hehee.. ye laaa.. aku bukan penulis blog terkenal yg ada org2 duk rindu-rinduan ni kan. kalau ada yg rindu2 dlm hati tapi malu2 nak bagitahu..takpe, aku begitu memahaminya kerna aku juga pemalu.. pendam2 kanlah ye.. huhuu
mesti ada yg tertanya2.. mana lah "ayudotcomsipemalu" ni.. sebenarnya aku selalu buka blog tapi tak sempat nak berbuat apa2 pun,ambil nama buka jerk.. bukan apa, incik masa terlalu menjelesi diriku sejak kebelakangan ini..
maaf sgt2 pada sahabat2 blogger yg telah meninggalkan kesan jejak peninggalan mereka, bukan tak nak balas tapi samalah yg aku katakan seperti diatas  " incik masa terlalu jeles sgt2 dengan aku" ya ! aku berjanji akan membalas kesan jejak yg telah korang tinggalkan di blog aku.. insyaAllah.. hehee selepas ini jika masa tidak lagi mencemburui aku, pasti aku akan buat lawatan sambil belajar dekat blog2 sahabat semua


p/s : insyaAllah..kita bertemu lagi di lain entri dgn topik yg lebih menarik.. tunggu jangan tak tunggu
       di harap semua blogger2 disini sentiasa di dalam lindungaNya dan sihat2 selalu hendaknya

Friday, 11 May 2012

OH ! aku yang terkecewa

semalam aku beriya2 sgt nak buat header utk blog sendiri..akhirnya aku terkecewa juga.. nak tahu knape aku terkecewa ? segala pasal header aku research dlm inCik google.. ada sesetengah pakar blog mengatakan kena download photoscape dgn gimp.. dgn penuh rasa yg berkeinginan terlampau,aku pun download lah kedua2 nya.. step by step aku buat mcm mana cara nak buat blog header sendiri walaupun aku ni mmg tak pandai lansung bab2 tu.. mula2 kena buat dlm photoscape,mmg dah jadi walaupun taklah secantik header2 org lain.. lepas tu klu nak bg tranperent kena pulak ke gimp.. dkt gimp tu dah berjuta kali aku cari gambar yg disave drpd photoscape 'cats'  tapi knape tak jumpa2 jugak.. adakah laptop aku yg bermasalah atau otak aku ni yg bermasalah ? oh.. kwn2 ku disini tolong lah aku.. knape aku tak jumpa2 jugak gambar yg disave dkt gimp tu ? pelisss oh pelisss

oh tidak.. ! esok aku kena g kl atas arahan inCik2 bos..nak tak nak aku kena g jugak..9 hari aku akan menetap dkt kota yg penuh kesibukan tu.. jadi..mungkin aku tak blh lagi nak bukak blog melalui laptop sementara di sana nanti... insyaAllah akan aku cuba jugak buka melalui samsung galaxy tab aku ni.. ehh somarang..jangan pulak korang tak dtg melawat blog aku ni yee.. aku selalu tgk2 wlupun tak blh nak balas cBox..

p/s : pada sesiapa yg tahu kenapa aku tak blh nak ambik gambar dr photoscape ke gimp tu tlg bagi tahu ye..
peliss oh pelisss sgt2

Tuesday, 8 May 2012

oblong beger

bukan gambar sebenar..ini dr inCik google



bruupp ! erkk... Alhamdulillah.. sebiji oblong telah pun selamat landing ke dlm perut aku... tiba2 je rasa lapar yg membuak2 mula menghantui perutku.. lantas aku buat keputusan "otak kata oblong" ya... ya... itu makanan yg sedikit ringan berbanding nasik...niat hati nak makan nasik tapi otak kata jangan..! nnt gemuk..
tak sempat nak snap gambar sebenar oblong yg telah landing ke perut ni..akibat terlalu lapar terlampau maka aku tak terfikitr pun utk ambik gambar oblong tersebut..klu korang nak tgk jugak xray lah perut aku.. sedap woo..


p/s : jangan tiru aksi ini..dan jangan mkn mknn yg terlalu berat utk waktu mlm kecuali anda bekerja di malam hari.. nnt gemOk

rojak tonggek


boleh pilih nak buah ape2...

kuah rojak yg pedas




Nama rojak ni di kenali sebagai rojak tonggek..rojak ni hanya blh didapati dekat sni sahaja( pantai road, bagan) nak tahu kenapa org2 di sini menggelarkan ia rojak tonggek?

Sbb dkt situ tak ada tempat duduk,so derang mkn sambil mencangkung dan sedikit tertonggek..mungkin sbb tu lah ia dikenali sbgi rojak tonggek.. Itu hanya spekulasi aku sahaja tentang nama rojak tonggek tersebut.. Faktor utama ia di gelarkan rojak tonggek.. itu aku pun tak tahu..utk mengetahui dgn lebih detail, lebih baik tanya sendiri dgn owner rojak tu..hehee

Aku baru je lepas makan rojak ni,rasa nya mmg sedap dan pedas.. pergghh!  Tapi korang blh mintak nak kuah pedas atau kurang pedas.. Ada mcm2 jenis buah2han yg korang blh pilih jugak.. Tadi aku bli bungkus,makan dekat rumah.. segan nak makan kat sana sbb takut terlebih tonggek..

Published with Blogger-droid v2.0.4
P/s : via samsung galaxy tab.. Malas nak buka laptop daa..

Monday, 7 May 2012

allergic/alahan dan cara menanganinya

setiap org berbeza alahanya.. sesetengah org elergik pada makanan laut, habuk,hama,cat,debunga,habuk syilling,daging atau sebagainya...amat menyiksakan pada sesiapa yg mengalami alergik yg teruk,tambah2 lagi klu tersilap makan..pada peringkat awal mereka akan mengalami gatal2 dan akan di di turuti dgn.. naik gegata seluruh badan( bengkak2 merah), bersin yg berulang kali,gatal2 di bahagian mata,hidung telinga,gatal kerongkong dan asma ataupun susah bernafas... jangan memandang remeh bila elergik mula menyerang.. klu rasa tak selesa lebih baik awal2 makan ubat zyrtec sblm melarat.. klu dah melarat kita juga yg merana..
kadang2 tu rasa mcm tak silap mkn pun elergik ni blh menyerang,mungkin tanpa kita sedar kita terdedah pada hama.. oleh sbb tu sentiasa sediakan ubat/inhaler( pam asma) sbb kadang2 ni sesetengah penghidap elergik secara automatiknya akan ada asma..





inilah imej ubat zyrtec yg sentiasa berada dlm beg aku( mkn 1 biji sehari sahaja)


p/s : tidak semua org akan mengalami gelala alahan yg sama..aku menulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri yg mengalami elergik teruk..
( insyaAllah...dgn izinNya selepas mkn zyrtec, elergik aku akan semakin ok

MACARON ! kini telah pun aku miliki

Akhirnya arini aku dapat juga merasa keenakkan macarons.. aku oder melalui mas macaron , aku buat order self-pickup..jadi kami buat temujanji utk berjumpa dekat jusco.. rasa macarons ni mmg terbaik ! pergghh ! sedap sgt2.. bila korang dah mkn sure nak lagi dan lagi..


                   ni adalah rupa kotak mas macarons




                 macaron yg sgt2 sedap seperti imej nye.. hehee






                             rupa macaron semasa dlm kotak

so.. selepas je jumpa dgn kak mas..aku tak sabar2 pulak nak merasa keenakkan macaron ni.. jadi aku buat keputusan utk singgah dkt secret recipe.. dah dkt secret recipe tak kan aku takmau oder apa2,nnt kena halau pulak kan an an... jadi aku pun oder lah makanan dan minumam seperti gambar di bawah :)





                                nasi goreng satay secret recipe





                          Appletiser sparkling ( ada tanda halal)


hrmmm... byk betul aku mkn arini..rasa semakin membuncit dah perOt aku nii...tapi akan kembali lansing setelah beberapa jam kemudian..


p/s : selera makan aku sekarang semakin menjadi2.. adakah ini tanda nak gemok ?

Sunday, 6 May 2012

fon beriya2..dah sampai buat muka

aishh ! aku betul2 tak faham.. nape dia buat aku mcm tu tadi.. dalam fon kemain lagi suruh aku datang umah dia,mula2 aku menolak sbb penat sgt tadi.. berulang2 pulak dia fon aku ajak makan rumah dia katanya masak bihun sup.. dlm nada yang penat aku jawab "insyaaAllah klu aku larat aku g lah umah ko"..
aku dan dia blh di katakan rapat jugak.. sbb tu kami asyik ke rumah masing2..
sbb tak nak hampakan dia akhirnya aku buat keputusan utk pergi umah dia (padahal perut lapar gak masa tuu)
dengan muka tak malu sebab ajakan yg bertubi2 aku pun sampai rumah dia...mcm biasa,aku ke dapur dan mencedok nasi selepas pelawaan dia... aku memilih tidak mkn bihun sup tapi sebaliknya aku memilih mkn nasi bersama sup..sbb aku ni bukan crazy bihun sup.. kebiasaanya kami berstory mory sambil aku mkn..tapi... hari ni berbeza sgt,dia biarkan aku mkn sorang diri di ruang tamu (kecik ati taw) sebaliknya dia masuk bilik.. sambil dgn muka yg penuh perasaan malu aku cuba habiskan juga nasik sambil tgk mentor "kata mama,tak baik merajuk depan rezeki"  kerana teringatkan pesan mama,aku cuba sedaya habiskan nasik sambil bersangka baik.. mungkin dia ada masalah.. dah habis aku mkn nasik baru dia keluar *tu pun dengan muka kelat* sepatah aku tanya sepatah dia jawab..klu sllunya berpatah2 dia akan jawab.. aku cuba bertanya lagi..tapi seolah aku sedang berbicara dgn org separa bisu..
apalagi.. aku mohon undur diri balik rumah awal dgn alasan sakit perut nak melabur... bagi alasan tu pun sbb tak nak dia perasaan yg aku ni sedang berkecil hati..
sampai skrg aku masih tertanya2 knape dia buat mcm tu,mcm ni ? arrggh ! serabut kan otak je kan klu pikir benda2 yg mcm tu.. tapi..kenapa tadi dia beriya2 sgt ajak aku..

p/s : klu nak ajak org biarlah ikhlas... baru berkat

Saturday, 5 May 2012

u olls must watch this video





p/s : jangan mudah sgt percaya dgr khabar angin dan jangan suka buang angin merata..
enjoy it !

jangan dOk EwwW EwwW sgt boleh

kalau korang nak tahu dgn lebih terperincil apa itu yg aku  maksudkan EwwW EwwW tuu, korang sila lah tgk video ni ye


kalau korang dah tgk..korang nilai lah sendiri... aku sokong dgn kata2 anwar hadi ni klu pasal bab2 sesetengah org yg suka sgt menggunakan bahasa2 mcm ni..

p/s : bahasa melambangkan bangsa...
       sayangilah bahasa anda..
( maaf klu ada yg trasa :) peace yawwr..hehee..


Friday, 4 May 2012

meskipun di hujani pelbagai dugaan... aku tetap bersyukur

entah..dari mana aku nak mulakan pun,aku tak tahu.. klu dulu aku sorang yg suka memendam segala hal,namun kini tak lagi semenjak aku ada blog ni.. dalam hidup ni aku sering di hujani dgn dugaan yg datang silih berganti,namun itu semua bukan halangan utk aku giveup..dan aku bersyukur..kerana dugaan tu lah..aku semakin menjadi dewasa dan mengenal erti hidup yg sebenar..

kecewa : ya...siapa aku utk tidak pernah rasa kecewa... kadang tu kekecewaan yg tak berarak.. bercinta bagai nak rak dan akhirnya ditinggalkan tanpa noktah.. itu pun pernah terjadi.. masa tu mmg frust gilerr..otak ni asyik bartanda tanya jer."nape dia buat aku mcm ni,mcm tu" Ooo... dari situ aku buat kesimpulan sendiri.. Allah yg mengerakkan hatinya utk berbuat demikian,sbb Allah tahu dia bukan yg terbaik utk aku.. mungkin kehadiran dia yg bersifat "sementara" utk aku lebih menghargai apa yg ada di depan mata.. wlupun masa tu aku dah ada org lain tapi aku ni blh di gelarkan "curang" agaknya walaupun hubungan aku dgn yg sedia ada tu mmg ibarat retak menunggu belah di ketika itulah.. dan akhirnya aku redha dgn segala ketentuanNya.. betul lah kata org 'ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa kita'  percayalah...... akhirnya..entah dari mana dtg nya suatu perasaan baru aku terhadap dia yg sedia ada,aku dan dia cuba berbincang..sebenarnya antara aku dan dia bukan tak serasi cume kurang komukasi secara terperinci.. Alhamdulillah.. di sebalik di tinggalkan secara tanpa noktah itu membuatkan aku dan dia menjadi bertambah serasi ke hari ini..kuasa Allah.. dan mungkin dialah insan yg terbaik utk aku...

sakit biasa hinggalah sakit yg teruk pun aku pernah alami..Ya Allah..sakitnya hanya Allah saja yg tahu..satu persatu penyakit yg dtg pada aku..hingga kadang aku merasa lemah sgt..tapi itu semua bukan alasan utk aku menyerah kepada penyakit aku, aku cuba bertahan selagi mampu.. klu blh aku tak mau lagi bergantung hidup pada ubat.. aku nak jadi mcm org2 lain jugak..tapi bila aku tgk org2 lain yg kena penyakit teruk,aku rasa bersyukur kerana aku blm lagi sampai tahap mcm tu... aku bertahan..dan terus bertahan..sbb aku yakin.. setiap penyakit yg Allah turunkan pada kita tu tanda Dia nak hapuskan dosa2 kita dan setiap penyakit yg di turunkan pasti ada penawarnya kecuali sakit mati.. apa yg penting aku akan terus berusaha melawan sakit,mencari penawar..lepas tu tawakal dan aku redha atas kehendakNya..
(sekadar meluah perasaan dan tidak terlintas sedikit pun utk aku meminta simpati)

·menjalani kehidupan ini walau sering dalam keadaan tidak di ingini,harus santai sahaja menjalaninya...jgn stress2 sgt.. biarkan ia berlaku seperti kehendakNya.. setiap yg berlaku pasti ada kebaikkannya..

p/s : sebenar2nya... banyak lagi yg aku nak story mory dkt sahabat2 disni..cume masa tidak mengizinkan.. mata aku dah mula nampak kecik BESAR kecik BESAR dkt screen ni..  insyaAllah kita bertemu lagi di lain Entry yaww..

mana mungkin ada bahagia sebelum derita :)


aku nak macarons



                                                             macaron Oh macaron


aku memang tringin sgt nak makan benda yg kiut nih.. selama ni aku asyik tgk org lain makan jerk.. siap derang post dlm twitter Or facebook sambil mkn macarons.. jeles gilerr ! hati mana yg tak jeles melihat gambar2 derang sambil mkn macaron dgn penuh kesedapan.. ermmm... aku sendiri tak tahu mcm mana rasa macarons nih.. tgk dr gambar mmg pergghh ! kecik molek pulak tu.. aishh.. terliur sesangat..
aritu masa aku g tgk movie dkt 1st Ayenue aku ternampak satu gerai jual macarons.. apalagi..... aku trus tanpa belok pegi ke kedai tu.. dia tanya "cik nak perisa mana" ? aku pun ckp sya nak campur2 blh ? salesman tu pun jawab "boleh...tapi dekat sni sesetengah macaron di campur dgn Alkohol "  dgr2 je di campur dgn Alkohol wlupun bukan kesemuanya,aku trus tak jadi nak bli.. kita nak mkn,nnt mknnn tu jadi darah daging kita.. tak nak aku mkn benda2 yg tak halal walaupun mmg aku tringin tahap Cipan sekalipun..
tapi tak semua gerai2 yg jual macaron dlm kandungan macaron tu ada alkohol,maybe sbb owner dia cina jadi sbb tu lah dia taruh alkohol.. klu nak bli,mesti kena bli dgn org islam pasti di jamin Halal..
aku mmg nak sgt merasa mcm mana rasa macaron ni.. klu korang tahu dkt mana ada jual macaron pls pls tell me yawh !


p/s : cantik,sweet,kiut sgt bentuk macaron ni kan.. korang mesti terliur bila tgk gambar yg aku masukkan nih..hehee..

Tuesday, 1 May 2012

i try i try.. N finally berjaya jugak !

Assalamualaikum dan selamat hari pekerja semua blogger2.. i try i try N finally arini berjaya jugak aku bukak blog.. horey hoorey ! hehee..suke sgt2..sbb dah lama aku try nak post new entry tapi kesibukan terlampau sering menghalang.. dan akhirnya harini aku berjaya jugak :)
janganlah korang tak dtg lagi yea..walaupun tak post entry aku sllu curik2 tgk blog melalui samsung galaxy tab cume tak boleh nak ke chatbox sbb berat sgt agaknya kutt.. dari jauh ku intai...
fuhh ! penat balik dari kl masih lagi trasa.. 3 hari dah aku balik dr kl..tapi sesampainya di sni aku trus pegi tlg pasang pelamin rumah kawan.  nak kata pandai... taklaa sgt,cume sbb dulu aku sllu tlg mama g pasang pelamin rumah costumer, maybe dari situ aku sedikit sebanyak mengasah bakat aku yg sekian lama terpendam.. blh tahan jugak pelamin yg aku pasang malam tu... ( sape lagi nak puji diri sendiri klu bukan diri sendiri kan an an ? )
keesokan harinya adik2 N anak2 buah ajak g tgk movie cter avengers.. dgn hati yg tak brapa minat aku tidak menolak sbb tak nak hampakan perasaan derang yg sekian lama tak jumpa aku.. cter tu mungkin best bg org lain.. tapi mmg lansung tak kena dgn jiwa aku yg penuh kelembutan nih.. alih2 terkejut memanjang.. fuhh.. semnetara menunggu wayang kami pusing2 dlm 1st Avenue tu... pusing punya pusing aku seperti terpanggil utk singgah ke butik converse.. dah singgah tu tetiba pula hati bagai tercuit pada sepasang kasut yg berwarna merah bulat2..tanpa berlengah aku tanya harga dan blh lah tahan mahal jugak kasut tuu.. akibat berkenan sesangat..aku pun cuba, cantik jugak.. kasut ni RM200 mahal kan ? di sebabkan dah lama sgt aku duk mengidam kasut mcm ni..tanpa fikir panjang aku pejam mata dan aku pun beliii...

                                    cantik tak ? cantik kan an an... :)


sepanjang beli..baru sekali aku pakai kasut converse ni..rasa kekok pun ada bila nak jalan..tapi aku beranikan diri jugak sbb dah terbeli kan,tak kan tak nak pakai pulak.. membazir tuu...

kemarin aku pergi sunway carnival mall.. pegi makan dkt noodle station.. nasi goreng kat situ mmg pergghh ! harga pun blh tahan jugak..aku bawak adik2 jalan2 tgk wayang sambil makan2 dkt situ..rasa puas bila tgk mereka2 hepy :)
dan arini aku bawak adik2 pergi tesco pulak..bukan buat ape pun sekadar g makan2 jer..aku rasa sgt hepy bila adik2 aku hepy... tapi... tadi masa dlm kreta aku ada sikit tersalah ckp dgn farah.. muncung nulut farah sampai blh buat reben.. rasa bersalah dan tak best bila adik merajuk..aku marah bukan sbb benci tapi sayang sgt kat dia.. marah sbb dia menjawab mulut,aku buat mcm tu sbb nak ajar dia supaya jgn menjawab mulut org tua..dgn aku takpelah..aku tak kisah sgt sbb aku kenal farah dan tahu dia mmg baik,cume mulut dia je mcm tu..yg aku takut klu dgn org2 lain dia menjawab je...nnt org benci..

jadi kesimpulannya...keletihan balik dr KL pun blm lagi habis.. mana tak nya,asyik berjalan kesitu sni jer..
semasa menaip ni dah banyak kali aku menguap..arrghh.. mengantok sgt..insyaAllah kita berjumpa lagi di lain entry..

p/s : u olls.. kalau aku tak post new entry pun jangan lah korang tak dtg melawat blog aku ni yea..kadang2 kesibukan buat aku tak dapat nak update blog..tapi aku sllu je tgk blog2 korang pakai samsung galaxy tab..cume tak blh nak balas cbOx sbb maybe terlalu berat...

Monday, 23 April 2012

terima kasih si busuk hati kerana telah membuat aku menangis dalam hati

hrmm..panjang sungguh tajuk entry kali ni.. sebelum aku menulis panjang,first aku minta maaf andai ada yg terasa..ini bukan madah dendam ini sekadar melepas geram.. hati mana yg tak menangis.. bila di buat balik di lempar "tahik" ? sudah ramai yg ku lihat di depan mata..gelagat dan sikap2 manusia..ada yg baik,yg tulus,yg jahat,yg berhati busuk dan sebagainya.. kau bukan musuh dan bukan seorang sahabat.. selama ni aku terlalu menghormati dia..dari sifatnya yg lemah lembut dan juga seorang yg sentiasa sembahyang... sungguh aku tak sangka dia mempunyai segumpal hati yg busuk..aku sangkakan yg dia dah berubah..namun ternyata sangkaan aku meleset..dia tetap sama.. aku heran kenapa dia jadi mcm tu.. tak blh tgk org lebih ataupun aku dapat lebih sikit mesti nak masam2 muka dan mengumpat aku di belakang..klu aku dapat lebih itu semua sebab aku usaha.. aku tahu kau pun usaha jugak dan penat mcm aku jugak.. tapi aku tak pernah dengki.. sbb aku yakin dan percaya.. rezeki Allah itu luas dan ada utk setiap manusia.. jadi sbb tu lah aku tak pernah rasa dengki bila org dapat lebih dari aku..  terkilan... lakonan kau yg mantap ! mempengaruhi sekeliling..gud gud... takpe..aku tak kisah sgt.. sbb org skrg dah makin bijak utk menilai mana yg betul atau tidak.. aku tak kan minta sesuatu yg buruk terjadi pada dia sbb aku yakin manusia blh berubah.. aku betul2 tak sangka dia akan buat aku menangis dlm hati.. sekejap dia baik sgt.. kejap dia buat aku mcm ni.. apa salah aku ? apa aku dah buat pada dia ? soalan tu sllu aku persoalkan pada diri sendiri.. kita berkerja sebumbung tak kan nak bermasam muka.. aku letih lah nak layan perangai ko,asyik aku nak kena mengalah.. mmg lah aku lebih muda dr ko itu tak beerti kau blh buat aku mcm ni.. ni lah manusia.. org bagi muka,dia nak pijak2 plak kepale kita.. dah byk kali ko buat aku mcm ni.. aku masih sabar sabar dan sabar lagi.. sbb aku tak nak benda bodoh ni berpanjangan..nape hati ko ni busuk sgt ? jangan lah nak dengki2 dgn aku yg takde pape nih.. aku pun ada perasaan mcm org lain jugak yg di mana tahap kesabaran aku ada batasannya.. hati yg di uji ini semakin kuat kawan..terima kasih buat hati aku jadi semakin kuat lagi..

p/s :balasan yg amat besar bg mereka yg sabar..


Saturday, 21 April 2012

aku hargai..

Di saat ini.. Termenung aku di jendela hotel tempat yg aku menginap.. KLCC terpacak gah di depan mata aku..terasa seperti dekat tapi ternyata jauh.. Aku rindu pada wajah2 yg ku cinta..meskipun mereka jauh tapi hakikatnya mereka sentiasa dekat di hatiku..


Aku tak punya byk kawan.. Tapi aku bersyukur kerana aku di anugerahkan sahabat yg sentiasa bersama aku..sahabat ku sentiasa sudi menegur secara tertutup ketika mana yg lain mengumpatku secara terbuka.. dia juga membela aku ketika mana yg lain menghina ku.. Aku amat menghargai semua nya sahabat..


Aku ada org tua yg ikhlas mencintai aku,adik2 yg sentiasa menyayangi aku..dan aku punya seseorang yg  terlalu bermakna dlm hidup ni yg di mana sentiasa bersama meskipun dlm susah,senang,suka dan tawa..mereka2 lah sumber kekuatan aku..mereka2 jua semangat utk ku meneruskan hidup walaupun dlm sulit..

Mereka2 yg ku tulis.. Semuanya adalah insan2 yg amat aku hargai dan aku cintai hingga ke hujung nafasku..

Ya Allah.. Terima kasih kerana mengAnugerahkan mereka2 utk hidup ini..ini lah bahagia yg aku miliki..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 20 April 2012

kenangan itu menyesakkan dadaku

tidak pasti siapa yg tersentuh jika terserempak tempat kita bertenu dulu...adakah ku yg khayal kehadiranmu atau sememangnya kau di sini ? kedatangan aku ni bukan utk mu lagi...klu blh aku memang tak nak datang sini...terlalu banyak kenangan kita..tapi ini semua demi kerjaya aku.. pedih...sekiranya memang kau ada di sini
aku ingin memadam semua tentangmu.. tapi tempat ini membuatkan aku terimbas kembali kenangan kita..
adakah kau berada di sini ? aku dapat merasa kehadiranmu..pelik juga.. aku terasa bagai kau di sini.. ahhh ! ini semua mainan perasaan.. kita tak di takdirkan bersama utk masa yg lebih lama...segalanya sudah di tentukan..
biarlah....aku begini.. kini aku bangkit membuktikan yg aku boleh hidup tanpa kau di sisi aku lagi.. dan kini aku juga bahagia walaupun dulu segalanya terlalu berat utk aku hadapi..
aku percaya... setiap yg berlaku pasti ada kebaikannya.. Allah tak kan menjadikan sesuatu terhadap kita tanpa sebab..
cinta sememangnya bukan milik kita..cinta kau dan aku tak kan mungkin bersatu..aku tidak akan pernah lagi mengizinkan kau berada dlm carta hati aku utk saat ini dan selamanya..
ya Allah..aku mohon padamu.. janganlah kau pertemukan aku lagi dengan dia..
aku tak mahu memandang wajah yg pernah menyakiti aku..sampai mati aku benci..biarlah aku tanggung sendiri dosa kerana membenci nya..

ya Allah...Alhamdulillah..aku bersyukur dan bahagia atas segala yg kau berikan pada hambamu ini..

Thursday, 19 April 2012

hasil nurkilan dalam kereta

Sekiranya entry ni  telah aku postkan disini maka bermakna aku telah selamat sampai ke KL dengan selamatnya.. Sbb kat hotel yg akan aku menginap nnt ada wifi free..

Seperti biasa lah.. Aku dan penulisan seperti tak dapat di pisahkan walaupun berada dlm kereta.. Sbb bukan aku yg drive, incik bos aku yg drive..jadi aku menggunakan masa yg ada ni dgn penuh dedikasi..

Tadi kami berhenti di perhentian Sg Perak.. Di situ adalah perhentian wajib aku jika ke KL.. Nak tahu kenape ? Sebab.. Dekat situ ada gulai tempoyak.. My feberet tuuu  ! Masih jauh lagi perjalanan utk sampai ke KL rasa mengantok tahap kronik mula menyerang mata aku yg sedikit sepet ni.. Halwa telinga aku ni di hidangakan dgn pelbagai jenis muzik dari lagu melayu ke lagu omputih ke lagu nasyid sampai ke lagu dikir barat pun aku layan.. Menguap byk kali dah tapi tak sampai hati nak tdo kesian pulak dekat incik bos sorang2 drive.. Kalau driver yg mengantuk masalah pulak..  Memang...  Memang Aku pun blh drive cuma keberanian je tak memihak pada aku utk drive kereta dlm jarak jauh tambah2 lagi waktu malam mcm ni..

Sepanjang perjalanan ni.. Sering saja aku terbayang wajah2 yg ku cinta.. Terutama sekali adik aky si farah yg nakal tu.. 'farah.. Kakyu rindu adik!  rindu sgt sgt dik'

Aku sememangnya beginilah.. Susah nak berpisah dgn org2 yg aku kasihi walaupun bukan utk tempoh yg lama..

Banyak pulak lori2 dan ba2s malam ni..setiap kali mr.driver potong bas atau lori setiap kali tulah perasaan takut mula menyelubungi aku..walaupun sedang menulis itu bukan penghalang utk aku melihat keadaan jalanraya.. Rehat jap.. Pastu sambung menulis lagi..seperti korang tahu lah penulisan dan aku seperti tak dapat di pisahkan..darah yg mengalir ni pun seperti sudah sebati dengan kegiatan menulis aku agaknya..hehee..

Kupandang kiri kupandang kanan.. gunung ganang yg ku lihat,bila lah lampu2 neon kotaraya bakal ku jamu pada mata aku.. Sekarang kami berhenti lagi di perhentian Tapah..minum2 dulu bg hilang mengatOk..

Next station kami berhenti lagi di restoran jejantas.. Bertolak dr pukul 9 mlm..finally jam tepat menunjukkan pukul 2:40 pagi kami telah pun selamat sampai di KL KL KL yawr.. Cahaya lampu yg begitu cantik2 menghiasi kota raya telah kelihatan..Alhamdulillah syukur..terima kasih Ya Allah yg sentiasa melindungi perjalanan kami dr sebarang kejadian buruk..amin


P/s :sesampainya aku di kotaraya yg penuh dgn kesibukan automatik aku pun menyibukkan diri dgn tugasan yg di beri.. Mungkin sepanjang kesibukan tugasan yg terlampau membuatkan aku susah utk menerjah ke blog kesayangan ku ini


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 18 April 2012

cerry berry

Kali ni dah masuk kali ke-4 aku berulang ke tandas..

Adakah ini cirit birit ? Owh  ! Tidak..   Lepas asar aku dah nak bertolak ke KL.... jangan buat pasal wahai perutku sayang, di atas highway nnt mmg payah nak jumpa tandas melainkan perhentian2 yg jarak jauh..bisakah perut aku bertahan..arghh.. Kerungsingan makin kuat menghantui di setiap genap kotak fikiranku..aku takuttawakal je lah.. Yg pasti sblm bertolak aku akan ke farmasi dulu utk beli ubat cherry berry.. 


P/s: bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'


Published with Blogger-droid v2.0.4

kelewatan ketidoran

sekarang jam tepat menunjukkan pukul 3:20 minit pagi dan aku masih lagi belom tdo.. tgk bola ? ya..sudah tentu tidak sbb aku bukan peminat fanatik bola yg sanggup bersengkang mata demi bola..pasti tidak sama sekali..
hrmm..fuhh ! lega..baru je siap memPacking barang2..sakit segala urat..lenguh woo.. malam ni agak panas skit.. aku membiarkan pintu terbuka tapi gate aku kunci lah..hehee..time2 mcm ni lah byk muka2 pecah rumah yg sedang aktif bergiat di luar sana..lebih baik berjaga2 dr sikap sambil lewa..takut jugak rumah aku jadi sasaran mereka..aku masih fobia bila teringat ttg rumah aku pernah di pecah masuk dulu oleh penyangak2 ni..sbb tu lah skrg aku akan pastikan gate sentiasa terkunci..bukan apa..tak nak banana berbuah two time..
org tua2 kata klu malam panas tanda nak hujan..klu hujan.. horaayy ! bestlah tdo mlm ni kan an an... mendung tak beerti hujan apalagi klu panas..tapi itu semua mana kita tahu..segalanya Allah s.w.t yang tentukan..

p/s : mata pun dah mula mengecil..selamat malam..
pastikan rumah anda di kunci sblm tdo..ambik sikap prihatin demi keselamatan kita :)

kepenatan terlampau

dari pagi sampai skrg aku belom siap mengPacking barang2 utk bawak ke KL esok.. petang tadi adik ajak g jusco maka segala kerja mengPacking aku tertunggak dan d transfer ke malam ni... aduhai~ penat sgt, basuh baju,iron baju,lipat baju/lipat tudung2,masukkan makeup ke dalam kotak dan lain2 yg sewaktu dengannya. banyak kerja kan ? walaupun simple bagi korang nak mengPacking barang2 tapi dengan hati yang nak tak nak ke KL maka semua tu jadi terAmat berat bagi aku.. esok tengahari aku bertolak ke KL utk seminggu..lame tuuuu :'( taww..
tadi petang aku  g jusco dgn adik2..mcm biasa je.. kami mkn, tapi hari ni lain sikit.. lepas je mkn mknn biasa yg kami sllu mkn kami pun berlalu lah dr restoran tersebut...jalan punya jalan aku ternampak kedai shushi..terdetik dlm hati ni rasa nak try mkn..seumur hidup tak pernah aku mkn benda mentah tu,selama ni pun aku tgk je org lain makan..lalu aku pun beli bungkus,nak mkn kat situ tak blh sbb perut dah terlalu full..
dalam kereta aku asyik kelebek shushi ni..dalam hati kata mesti best punyee..sesampai je di rumah aku trus bukak  dgn persasaan yg teruja nak mkn shushi tu,maklumlah....first time lah katakan.. shushi tu aku cicah dgn kicap dan wasabi seperti yg pelayan tu ajar.. masuk2 je dlm mulut blm sampai ke tekak aku terus rasa nak terUwerk !alamak... pebende ni tak sedap lansung..tapi aku trus mencuba shushi yg lain  pulak, hasilnya sama jugak..masuk je mulut terus nak terUwerkk uwerk lagi..dan aku ambik keputusan.. dah dah..cukup aku memaksa diri utk mkn sesuatu yg mulut aku tak blh trima..dan aku pun dah berhenti jamah  benda alah tu..yg herannya mcm mana org2 blh kata shushi tu sedap ataupun aku ni yg kolot dan tak pandai mkn benda alah tu..entah..... aku pun tak tahu... mungkin darah yg mengalir lebih cenderung kepada belah atuk aku yg berasal dari belanda bukan belah tok kepada nenek aku yg berasal dr negeri china sbb tu lah aku tak blh mkn shushi kot dan lebih suke western food ( perasan kan? padahal aku ni lebih gemarkan masakan timur) hehee..


p/s : ok lah..aku nak sambung balik kerja aku mengPacking barang2.. insyaAllah semoga kita bertemu lagi d lain entry :)

Tuesday, 17 April 2012

aku terlahir sememangnya bukan untuk menjadi Cikgu

Aku baru je lepas mengajar adik buat homework subjek english yg d mana subjek aku sendiri pun blurrr masa di sekolah rendah dulu dan tak shukerr..aku d besarkan dlm keluarga yg terlalu mencintai bahasa melayu jadi..... sukar utk aku bertutur pelat omputiss nis..(masa kecik2 dlu ler) mungkin sbb tu kutt lah kutt lah aku di hantar ke sekolah convent dan skrg blh lah shikit2 ckp omputis..

Berbalik pada tajuk asal,masa ngajar adik tadi aku rasa mcm nak lepuk-lepuk je budak ni.. gramm kan klu duk ckp byk kali tapi tak faham2 jugak..tapi Alhamdulillah siap jugak homework adik dari hasil pengajaran kakaknya yg garang nih..ohh.. Susah jugak tugasan sbgi cikgu ni kan..nak kena faham telatah murid2 yg berlainan..nak jadi cikgu kena byk sabar.... Mungkin sebab tu lah aku di lahirkan bukan sbgi cikgu..


P/s : terima kasih cikgu2 yg telah bersusah payah mengajar aku hingga menjadi manusia yg berguna.. Hehee..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 16 April 2012

rela dalam keterpaksaan

tajuk pun dah bunyi sedih kan "rela dalam keterpaksaan' ya ya ya... mmg terlalu sedih bagi aku tapi bukan korang..hrmm esok aku kena g kl atas urusan kerja selama seminggu.. seminggu tuu ! lama tuu... aishh ! mau tak mahu aku terpaksa merelakan diriku..pergi ke kota yang penuh kesibukan lalu lintas (jemm) aku benci trafik jemm..kadang tu kat kl aku terpaksa dlm keta selama beberapa jam lamanya..grrr~  dan bila di sana aku terlalu boriiiiing...pagi sampai ke petang buat kerja mcm robot pastu balik makan pastu tdo..begitulah aktiviti aku di sana selama seminggu ni..takde masa utk horay horay ! :'(
mestilah selama seminggu nanti aku akan meridui keluargaku di sni..terutama sekali adik aku yg bongsu tu..klu kat sni hari2 si farah mesti sebut "kakyu jom g jusco nak ? " kadang tu aku jawab OK ! jomm.. misi kami ke jusco sllunya utk makan2 bukan buat ape pun..bila dah kenyang balik..heheee...
arhhh ! beratnya hati nak g KL KL KL namun aku terpaksa demi kerjaya ku yg tak seberapa sgt ni.. doakan saya selamat sampai ke kl dgn selamatnya esok ye...

p/s : korang sedih tak ? mesti sedih kan an an...klu tak sedih mesti takde feel nih...hahaha... :)
bermulalah nanti kehidupan aku sebagai anak perantau

Yuna ~ Bulan Ditutup Awan




lagu klasik jadi best bila d nyanyikan balik oleh yuna..aku suka sgt lagu ni sbb si dia pun suka lagu ni jugak..and... suara yuna ni mmg klasik dan unik..

p/s : itu hanya kata aku, kata korang aku tak tahu.. sbb manusia kan lain2 pandangan dan cara penilaiannya..oleh itu kita kena jugak dgr pendapat org lain walaupun kadang tu tak sama dari apa yg kita fikirkan..

apa yang penting "kerjasama" *wonderpet*

SleeQ - Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram Feat. SleeQ) Official MV (Malay)





best tgk video klip ni...cantik grafik dia.. tapi tak suke laki dlm video klip ni..kejam !!

p/s : sebenar aku nak test masuk video klip dlm blog nih :)

Otak kata jangan ! hati pula kata yaaa~~

hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.. hrmm rasa macam pakar motivasi pulak..jadi diri sendiri tu lebih nikmat dan bahagia dr jadi diri org lain..dak pun org panggil hipokrit lah senang..buat sesuatu yg kita mampu jangan paksa diri buat sesuatu yg di luar kemampuan dannnn...tak salah jika ingin mencuba sesuatu yg baik..seperti aku sekarang lah..nak ada blog sendiri walaupun aku ni bukannya pandai sangat dlm bidang mengarang .. 'tak salahkan kita mencuba" hehee..

aku mencintainya kerana ...............

aku mencintainya kerana dia juga mencintai aku..ye lah tak kan nak syok sorang pulak kan an an..itu tidak adil jika ia terjadi hehee.. paling penting kejujuran,kepercayaan dan kesetiaan.. 3K ni wajib ada dlm sebuah perhubungan..klu dh ada 3K ni kemana anda pergi anda tetap anda.. ya ya.. manusia blh berubah walau sesaat pun.. manusia blh mengubah rasa wlupn bertahun2 kenal..dari sayang berubah benci dan dari benci berubah suka..itu lumrah kehidupan.. apapun yang terjadi bagi aku cinta itu indah... dan aku juga terlahir kerna cinta..aishh ! terjiwang pulak aku..huhu..ya ya..sememangnya aku ni seorang yg berjiwa seni sehingga aku mendapat gelaran "ratu jiwang" oleh kwn2 sengal ubi kayu aku tuu...ahh ! biasa lah.. tak jiwang bukan manusia lah org tu..baru ada soul tapi...tapi... jangan selalu jiwang2 ni nnt org nak ter uWerkk  pulak..

sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah s.w.t dan kerana ia cinta yg halal

p/s : cintailah sungai kita..k bai..semoga kita bertemu lagi di lain entry ku...:)


Sunday, 15 April 2012

ragam pengguna muka buku (Facebook)







suke buat status : 5 minit sekali hapdate status sampai wall penuh dgn status dia je.. kejap sedih,kejap hepy,kejap alim giler,kejap mencarut..haissh ! blh kata semua dia ada..

gile like : yang ni best..jarang pulak hapdate status ke komen ke tapi keje dia 24jam mengeLike.. post org mati pun ko like..dasyat btl pengeLike2 nih..like like

giler komen : komen jer..kadang komen lari dr tajuk,.komen alim..komen sindir..pe ni ? nak komen pun komen lah berkenaan dgn status..

suka check in : ni lagi satu masalah..gi makan tapai pun check in,g shopping mall pun check in blh kata setiap 10 minit sekali mesti ada die punya check in.. "pe ko ingat ko tu artis ke" 24jam nak bagitahu kemana2..
siap check in at bank rm bla bla..naseb tak check in  aku  dkt balai sbb kena rompak lepas check in kat bank.. aduhaii...

suke post gambar : buat gambar mulut moncong bajet kiut giler pastu bila ada mamat komen "awak kiut lah" pastu  balas  saya tak cantik lah..(nak mintak puji sebenarnya) hrrgg..
ada pulak mamat post gambar tayang dada serta buat muka comel,bukan pe..nak tarik perhatian kaum lelaki jugak lah tu..dak pun nak wat macho.. hey der "kalau macho ko pkai baju melayu pun tetap nampak macho" tak payah lah nak tayang dada ko yg sekeping tu..auww ! geli..

pengintip : buka facebook sbb nak ngintik org,pakai identiti yg org tak kenal samaada nak cari salah org ataupun minat dekat org yg dia intip tu..org mcm ni tak pernah buat status,komen ataupun like..siap pakai muka kucing ke bunga ke ape2 lagi laa dkt profil picture semata2 tak bg org kenal..klu aku dpt org mcm ni aku tak kasi can..aku trus block jer..haaa..padan muka..

kaki bola : tak habis2 hapdate status bola..klu team dia menang sure ckp 'sbb terer' kalau team kalah nnt ada lah hapdate status pengadil tak adil,pemain kena jual dan bla bla bla... semua pasal bola jer..

gamer  : semua berkaitan dgn game status..klu beli cd baru "wajib tayang dlm fb tuuu" baru nampak klass..

kaki politik : yang ni dgn kemelayuan tak hilang di dunia,yang ni dgn keislamannya,yang ni tak habis dgn pengadilan..kerja hentam tu hentam sini..org tu tak kena org ni tak kena..yang kena dia je..hapdate status tak habis2 pasal politik,.yang bestnya sembang bergegar tapi undi haraamm takde

kaki chating : hrmm.. yang ni paling dasyat..buka facebook semata2 nak chat je.. status sebulan sekali susah nak nampak..gatai hang noii "kerja nak mengorat jerk"
 
p/s :sebenarnya banyak lagi pasal ragam facebook nih,korang sendiri pun tahu.
 ermm cukup lah sampai di sni bab facebook nnt klu tulis banyak2 org marah lak sbb isu facebook ni kan sensitif ...ok..slmt mlm :)

kasut cinderella


kasut cinderella ? mmm...tertanya tanya kan..ok lah..aku letak gambar kasut ni sbb masa aku budak2 dulu aku selalu  berangan nak kasut mcm ni dan akhirnya sampai sekarang aku tak pernah pun termiliki kasut ni.. "biar betoi ! mana ada org pakai kasut kaca" hehee..ibarat kata "berangan tak salah asalkan tahu bertempat " dan tak mungkin dapat :)

p/s : tujuan asal sebenarnya nak test masukkan gambar dlm blog ni je
jangan maraa yaa..klu marah kena jual'

datang bulan

Sakit kepala,tension,stress,serabut bagai dan nak marah2 tu semua simpton2 nak dtg peyed.. Ada sesetengah org sampai mual2 mengalahkan org mengandung 'mengada' letuuu.. Time nak dtg piyed ni kan aku mmg teramat sensitif,pantang silap skit je rasa mcm nak lempang trus .. Kenyataanya mcm jer jer dan aku pun bukanya berani nak lempang2 org. Hehee..

Alhamdulillah sampai setakat ni belom ada lagi mangsa lempang aku akibat peyed ni..


P/s:lelaki kena tahu jiwa wanita mmg cepet tersentuh dan sensitif  dgn seseorang yg dia sayang meskipun bkn time dtg bulan taww :-D


Published with Blogger-droid v2.0.4

hati menangis

hati menangis ? ya..hati menangis berbicara saat mulut tak mampu berkata2,
sedih kan..mana tak sedih saat dalam ketakutakan bukan nak redakan ketakutan ni malah di marah dan di tenking..
hati mana yang tak menangis ? bibir tersenyum tak mungkin (aku bukan begitu) tak pandai nak buat2 hepy klu hati sakit..salah ke bg kata2 semangat saat org ketakutan dan memerlukan,lainlah klu kena bg sejuta baru org tu blh tenang..klu tu aku pun tak sanggup..haissh ! mmg mcm ni lah lumrah hidup kan,org yg kita perlukan selalu buat hati kita menangis tapi kita still sayangkan dia..knape ? mungkin ni lah "cinta gila" argghh..sakit hati bila d ingatkan balik,,

p/s : hrmm..apa yg aku ckp maybe korang tak faham..sbb kadang aku sendiri pun tak faham dgn hidup ni.
2P pemalu terlampau dan penakut terlampau itulah aku yg kadang menyusahkan org terdekat..

entry tak bernama

Sakit hati betol lah dgn sekor mambang ni,ade ke patut letak anak dia dr tadi lagi tak ambik2..pe dia ingat rumah aku ni pusat asuhan kanak2 ke.. grrrr..klu nak meniaga cari lah org utk mengasuh anak pastu yg si bini dia kerja,ni tidak pantang tgk aku ada rumah mesti nak suruh tlg tgk2 kan anak dia kunun padahal letak dr tengahari sampai ke mlm pun tak mai2 ambik lagi.. Aku bukan benci budak ni tapi tak suke dgn perbuatan bapak dia yg suke ambik kesempatan di atas kebaikan aku..mmg lah kadang2 aku suka main2 dgn budak ni tapi tak bermakna aku nak jadi pengasuh tak berbayar pulak..hari cuti aku nak rehat2 bukan nak jadi pengasuh.. Dah la si budak ni manja sgt2~~ pantang marah nak erkkk menangis jerk, kerja dia suka sepah2kan rumah pulak tu.. Aishh! Sape tak geram kan ?


P/s huhh!  lega bila dapat lepas gramm... Sory sbb jadikan blog ni tempat meluah perasaan pulak :-)


Pada yg baca ni mesti boring dan kata ntah pape kan,tapi.. Klu bkn kat sni kat mana lagilaa tempat sye nak mengadu naseb..werkk :-P


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 14 April 2012

mabuk berblOg

Jam telah menujukkan 5:04 pg dan aku masih berjaga..

Sejuk nye malam ni terasa hingga ke tulang,sllunya aku tdo awal tapi di sebabkan gila nak berblog sampai tak lena tdo..hehee..

Hrmm.. Mungkin ni lah perasaan org lain klu first time ada blog sendiri kann..lagi best klu ada org baca apa yg kita tulis..  emmm..apapun blog tu blog jugak tapi jangan sampai terabai kerja2 lain..naseb lah esok cuti klu tak kena bertongkatkan batang mancis lah jawabnye.. Mau tak.. Sehari suntuk berjaga mcm mane nak buat kerja'

K.lah.. Cukup lah sampai d sini utk entry kali ni..harap korang tak bosan dgn apa yg aku tulis :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

malu tak bertempat


mcm2 bab malu..ada orang malu bila jumpa kaum yg berlawanan tapi itu bukan aku kutt.. Kadang2 ada jugak.

Malu aku yg paling kritikal dan tak bertempat iaalaah (malu pulak nak ckp,nnt org ckp ntah apa2 ntah kan) ookklah...  aku teramatlah maluu bila makan,tambah2 lagi klu ada org tgk dan terpaksa mkn dgn org yg aku tak kenal sgt.. Sampai tahap mengigil satu badan.. Ntah lah mungkin aku ni jenis spesis yg blh mkn depan2 keluarga aku je kutt kan.. Tapi skrg aku dah blh kawal skit bila terpaksa makan depan org lain,buat dekk padahal malu tu tetap ada..dan sebenarnya aku ni giler mkn cuma malu makan depan org asing jer

Tak tahu lah,sampai skrg tetap tak blh nak ubah perangai malu tak bertempat aku ni just blh control je..

Ok lah.. InsyaAllah ada lagi cter yg nak aku kongsi bersama.. Tunggu ye kawan :-D








Published with Blogger-droid v2.0.4

Kali pertama nak buat entry

Assalamualaikum..ya Allah.. berdebar2 pulak, first time nih..
memang tak tahu nak tulis ape,tapi nak cuba berblogging jugak.
tunggu entry ayu yang seterusnya ye :) banyak yang ayu nak kongsi bersama.
harap2 adalah yg sudi membaca
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...