Monday, 18 June 2012

jom jogging ! mari kita amalkan gaya hidup yang sihat

sekarang aku dah mula berjinak2 kembali ke dunia perjoggingan.. badan pun rasa best je bila lepas jogging. kalau tak sebelum ni asyik duk dlm ekon je pastu facebook,twitter,blog dan segala bagai internet. semua tu tak mengeluarkan peluh.. ada orang kata kalau nak keluarkan peluh " ko pergi lah duduk tempat panas,sure berpeluh" hrmm.. aku tahu,tapi tu bukan peluh yg sihat.. tapi bila kita jogging kita akan banyak mengeluarkan peluh yg sihat dan lepas tu rasa badan akan rasa bestt je..

di sini tempat aku berjogging ( mengkuang dam ) udaranya segar!

 

'abaikan org dlm gambar tu"  ( inilah trek jogging)

 kenapa perlu jogging ? apa kebaikkan jogging ?
  • boleh menurunkan berat badan
  • menguatkan jantung dengan melancarkan peredaran darah dan sistem pernafasan
  • menghilangkan tekanan
  • mempercepatkan sistem percernaan dan membantu menyingkirkan masalah pencernaan
  • mengarahkan kepada kehidupan yang lebih aktif
  • membantu memperbaiki selera makan
  • menguatkan otot kaki,paha dan punggung
  • membantu tidur lebih nyenyak
  • cara senaman paling murah (free tu)
teknik jogging yang betul
  •  Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah
  • Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit
  • Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut
  • Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.
  • Pastikan berlari atas permukaan selesa
tip penting dalam jogging
  1. Kalau yang baru nak start jogging (nak2 pulak yg 10 thn dah tak jogging), sila jogging sikit2 dulu.. 10 minit pun dah cukup. Jangan over sangat nanti pitam sape yg susah "diri anda sendiri kan"
  2. jangan lupa warm-up dulu sebelum jogging (penting ni!) "takut otot2 dlm badan kita terkejut"
  3. minum banyak air putih dan elakkan makan sebelum berjogging
  4. pakai kasut yg sesuai (jangan pulak pakai kasut tumit tinggi)
  5. jogging secara jemaah lebih afdhal (tak lah memboringkan dari sorang2 )
  6. sejukkan badan sebelum berhenti (teruskan berjalan selama 10 minit utk menurunkan kadar denyutan jantung dan setelah kembali normal bolehlah buat stretching, regangan dari bawah ke atas selama 15minit)
  7. waktu terbaik utk berjogging adalah waktu pagi kerana udara yg segar dan kandungan oksigen dalam udara adarah tinggi (alaa, klu tak sempat pagi petang pun blh dari tak jogging lansung kan? )

 

p/s: fuhh ! dapat jugak aku jogging harini..
cukuplah setakat ni dulu pembelajaran kita harini semoga topik ni memberi manafaat kepada kita semua, insyaAllah kita bertemu lagi di lain entry dgn topik yg lebih menarik







4 comments:

  1. hee. rajinnya dia jogging. Ety rajin BLOJOGGING je. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin blogjogging pun ada kebaikan nya jugak taw.. "boleh kuruskan tangan tuu" hehee..
      dah folo ety,tapi nape tak blh tinggal tapak kaki..hehee

      Delete
  2. hai sis :) pasal layout tu, sis bukak kat template. Pastu bukak background, then pilih laa gambar yg mana sis nak, tu je :)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Tahniah kerana memilih untuk berjogging. Jogging adalah senaman terbaik untuk menguruskan badan, selain membantu mengawal tekanan darah, gula darah dan kolestrol.

    website saya di http://www.jomkitajogging.com membincangkan pelbagai perkara tentang jogging, dari teknik warm-up, postur jogging betul, sehinggalah pelan rahsia yang diberi nama Jogger 5000, yang boleh membantu anda BERJOGGING 5km/30minit TANPA HENTI DALAM 24 HARI LATIHAN!

    berminat? layarilah http://www.jomkitajogging.com

    Selamat Berjogging!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...