Thursday, 14 June 2012

tanpa ku sedari airmata mengalir sedih dan sebak di dalam hati..

Dalam hidup ni kadang kita rasa sangat2 gembira dan kadang hanya airmata yang mampu berbicara.

Aku tak tahu mana silapnya,tetiba menjauhkan diri.. Klu org lain aku tak mungkin sesedih ini. Ini adik sendiri, hanya sbb teguran dia bermasam muka dengan aku.. Hanya Allah yg tahu niat aku masa tu,tak terlintas nak bg dia marah sekadar tegur apa yg salah.. ' aku kan kakak'

bg yang membaca ni mungkin anggap aku ni cerita macam ni pun nak tulis dlm blog kan? Tapi mana lagi aku nak luahkan perasaan aku.. Tak kan nak luah pada org2 sekeliling nnt tak pasal2 mereka2 benci adik aku. Aku sayang adik aku sbb tu aku tak cerita apa yg terpendam dalam hati ni..dan aku sayang mereka2 yg selalu dekat dgn ku.

Kadang tu dalam kita mendoakan kebahagian dalam masa yg sama tu juga kita di hujani dugaan.. Hidup tak selalu indah sebagaimana yg kita impikan.. Biarkan segalanya berjalan sebagaimana kehendakNya.. Kerana hanya Allah yg lebih tahu apa yg terbaik utk kita.

Percayalah.. Tiada duka yg abadi di dunia.. Sesulit apa pun dugaan yg mendatang, harus tenang dah santai saja menjalaninya..kita hanya mampu merancang tapi hanya Dia yg menentukan segalanya..

Suara hati hanya Allah yg lebih mengerti.. Ya Allah ' sekiranya aku pernah merasa tidak senang dengan kebahagiaan org lain ' maafkan aku.. Dan jauhilah aku dari perasaan iri hati dengan sesiapa sekalipun..

Sesungguhnya bahagia itu milik semua manusia.. 'jangan mengejar kebahagiaan,kebahagiaan akan lari sebaliknya mengecapi kebahagiaan yg ada disisi kerana itulah sebaik2nya kebahagiaan hati'


P/s: nampaknya dah semakin panjang luahan hati aku sebelum airmata jadi pengganti baris2 ayat lebih baik aku berhenti dulu di sini. Kadang layan perasaan sendiri blh buat kita menangis. Ok,lah.. Assalamualaikum..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...