entah..dari mana aku nak mulakan pun,aku tak tahu.. klu dulu aku sorang yg suka memendam segala hal,namun kini tak lagi semenjak aku ada blog ni.. dalam hidup ni aku sering di hujani dgn dugaan yg datang silih berganti,namun itu semua bukan halangan utk aku giveup..dan aku bersyukur..kerana dugaan tu lah..aku semakin menjadi dewasa dan mengenal erti hidup yg sebenar..
kecewa : ya...siapa aku utk tidak pernah rasa kecewa... kadang tu kekecewaan yg tak berarak.. bercinta bagai nak rak dan akhirnya ditinggalkan tanpa noktah.. itu pun pernah terjadi.. masa tu mmg frust gilerr..otak ni asyik bartanda tanya jer."nape dia buat aku mcm ni,mcm tu" Ooo... dari situ aku buat kesimpulan sendiri.. Allah yg mengerakkan hatinya utk berbuat demikian,sbb Allah tahu dia bukan yg terbaik utk aku.. mungkin kehadiran dia yg bersifat "sementara" utk aku lebih menghargai apa yg ada di depan mata.. wlupun masa tu aku dah ada org lain tapi aku ni blh di gelarkan "curang" agaknya walaupun hubungan aku dgn yg sedia ada tu mmg ibarat retak menunggu belah di ketika itulah.. dan akhirnya aku redha dgn segala ketentuanNya.. betul lah kata org 'ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa kita' percayalah...... akhirnya..entah dari mana dtg nya suatu perasaan baru aku terhadap dia yg sedia ada,aku dan dia cuba berbincang..sebenarnya antara aku dan dia bukan tak serasi cume kurang komukasi secara terperinci.. Alhamdulillah.. di sebalik di tinggalkan secara tanpa noktah itu membuatkan aku dan dia menjadi bertambah serasi ke hari ini..kuasa Allah.. dan mungkin dialah insan yg terbaik utk aku...
sakit biasa hinggalah sakit yg teruk pun aku pernah alami..Ya Allah..sakitnya hanya Allah saja yg tahu..satu persatu penyakit yg dtg pada aku..hingga kadang aku merasa lemah sgt..tapi itu semua bukan alasan utk aku menyerah kepada penyakit aku, aku cuba bertahan selagi mampu.. klu blh aku tak mau lagi bergantung hidup pada ubat.. aku nak jadi mcm org2 lain jugak..tapi bila aku tgk org2 lain yg kena penyakit teruk,aku rasa bersyukur kerana aku blm lagi sampai tahap mcm tu... aku bertahan..dan terus bertahan..sbb aku yakin.. setiap penyakit yg Allah turunkan pada kita tu tanda Dia nak hapuskan dosa2 kita dan setiap penyakit yg di turunkan pasti ada penawarnya kecuali sakit mati.. apa yg penting aku akan terus berusaha melawan sakit,mencari penawar..lepas tu tawakal dan aku redha atas kehendakNya..
(sekadar meluah perasaan dan tidak terlintas sedikit pun utk aku meminta simpati)
·menjalani kehidupan ini walau sering dalam keadaan tidak di ingini,harus santai sahaja menjalaninya...jgn stress2 sgt.. biarkan ia berlaku seperti kehendakNya.. setiap yg berlaku pasti ada kebaikkannya..
p/s : sebenar2nya... banyak lagi yg aku nak story mory dkt sahabat2 disni..cume masa tidak mengizinkan.. mata aku dah mula nampak kecik BESAR kecik BESAR dkt screen ni.. insyaAllah kita bertemu lagi di lain Entry yaww..
mana mungkin ada bahagia sebelum derita :)
No comments:
Post a Comment