Wednesday, 20 June 2012

Terima Kasih Follower ke-100

Terima kasih kepada follower yg ke-100 kerana telah menggenapkan agka ratus ke dalam blog AyuDotComSiPemalu dan tak lupa juga milion2 terima kasih kepada dari yang pertama follower blog ni hingga lah kepada yg ke-100 follower blog ni.. terima kasih sekali lagi! aku rasa terharu sgt sbb ada juga yg sudi folo blog aku yg tak seberapa ni..aku mula berjinak2 dlm dunia blog berawal dari april 2012, Alhamdulillah syukur sangat walaupun masih baru dalam dunia berblogging ni ada juga yg sudi meng'folo..

terjalin kemesraan di antara kita



semoga dengan adanya terjalin ikatan di antara semasa blogger kita semua lebih mesra.. kalau boleh jangan menjatuhkan sesama blogger,jika ada yang tak kena tegurlah secara baik dan berhemah.. "jangan kerana apa yg kita tulis boleh mengguriskan hati si pembaca " 

jika anda suka dengan penulisan aku, folo lah
mesti ada yang kata " alah,perasan lah ayuDotComSiPemalu ni,baru follower 100 dah nak heboh2 " takpe.. aku buat semua ni kerana aku menghargai semua yang membaca blog aku ni.. itu bermakna ada juga yg menghargai penulisan aku.. insyaAllah..lepas ni aku akan bawa artikel2 yg lebih menarik masuk ke blog ni semoga korang semua lebih seronok utk membaca kan.. takpe.. dari ratus boleh jadi ribu,dari ribu boleh jadi ratus ribu,dari ratus ribu mana tahu jadi juta pulak follower blog ni kan.. siapa tahu ? hehee.
dari awal aku buka blog ni sekadar suka2 utk meluah perasaan je..


p/s: panjang pulak ucapan aku ni dah macam YB rasanya..hehee.. ok,lah..aku nak sambung kerja mengpacking barang2 utk di bawa ke kota yg indah kabar dari rupa tu.. malam ni aku dah nak bertolak kesana.. pasti kerinduan yg teramat sangat pada keluarga tercinta dan juga pada pengikut2 blog ni.. bila dah sampai sana mmg susah skit nak aktif blog.. maklulah incik masa sentiasa menjelesi aku di sana nnt..
Doakan aku selamat sampai ye..dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dlm perjalanan kesana.. Amin 

Tuesday, 19 June 2012

keinginan yang semakin menjadi2 @ mengada2 ?

sejak kebelakangan ni aku asyik nak makan je.. sekejap2 lapar,padahal baru 10minit makan tapi tekak ni rasa mcm nak makan lagi.. aku ni tak normal ke?  korang pernah tak rasa mcm  aku ni ? haishh ! tak boleh tgk gambar makanan mesti secara automatik aku rasa lapar tahap gilerr.. tak tahan nye siap mengigil2 mcm org tak makan sebulan lagi.. setelah aku mengkaji dan menjalani uji kaji pada diri sendiri.. sebenarnya benda ni ,masalah otak kita sendiri.. pernah aku cube tipu otak sendiri.. "masa tu aku mmg lapar sbb tak mkn lagi so aku pun makan lah nasi sehingga kenyang..dan selepas itu tak sampai sepuluh minit tekak aku rasa mcm nak kena sumbat sesuatu lagi, aku pun dengan segera minum sekotak air milo " dan lepas tu rasa lapar tu dah hilang dgn sendirinya.." itulah tektik menipu otak kita sendiri" (rahsia ehh,jgn bgtahu org lain) hrmm.. u see! sebenarnya kita bukan lapar sgt,tapi mengada2 lebih kan..hehee










hahaa.. mesti korang terliur tengok gambar2 ni kan... jangan2 ! itu semua hanya mind set kita je..
tapi sekarang ni aku mmg tengah teringin giler nak makan pavlova.. tengok org2 dok post dlm fb,twitter dan blog2 gambar pavlova ni nampak mcm sedap je.. serius ..aku tak pernah rasa lagi pavlova dan mmg teringin sangat nak merasainya.. dekat kedai2 mcm mana yg blh dapatkan pavlova ni ye ? plss plsss..

nampak mcm sedap sgt !

p/s : kalau ada sape2 yg tahu dekat mana blh dapatkan pavlova yg nampak mcm sedap ni,tlg bagitahu ye :)

Monday, 18 June 2012

jom jogging ! mari kita amalkan gaya hidup yang sihat

sekarang aku dah mula berjinak2 kembali ke dunia perjoggingan.. badan pun rasa best je bila lepas jogging. kalau tak sebelum ni asyik duk dlm ekon je pastu facebook,twitter,blog dan segala bagai internet. semua tu tak mengeluarkan peluh.. ada orang kata kalau nak keluarkan peluh " ko pergi lah duduk tempat panas,sure berpeluh" hrmm.. aku tahu,tapi tu bukan peluh yg sihat.. tapi bila kita jogging kita akan banyak mengeluarkan peluh yg sihat dan lepas tu rasa badan akan rasa bestt je..

di sini tempat aku berjogging ( mengkuang dam ) udaranya segar!

 

'abaikan org dlm gambar tu"  ( inilah trek jogging)

 kenapa perlu jogging ? apa kebaikkan jogging ?
  • boleh menurunkan berat badan
  • menguatkan jantung dengan melancarkan peredaran darah dan sistem pernafasan
  • menghilangkan tekanan
  • mempercepatkan sistem percernaan dan membantu menyingkirkan masalah pencernaan
  • mengarahkan kepada kehidupan yang lebih aktif
  • membantu memperbaiki selera makan
  • menguatkan otot kaki,paha dan punggung
  • membantu tidur lebih nyenyak
  • cara senaman paling murah (free tu)
teknik jogging yang betul
  •  Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah
  • Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit
  • Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut
  • Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.
  • Pastikan berlari atas permukaan selesa
tip penting dalam jogging
  1. Kalau yang baru nak start jogging (nak2 pulak yg 10 thn dah tak jogging), sila jogging sikit2 dulu.. 10 minit pun dah cukup. Jangan over sangat nanti pitam sape yg susah "diri anda sendiri kan"
  2. jangan lupa warm-up dulu sebelum jogging (penting ni!) "takut otot2 dlm badan kita terkejut"
  3. minum banyak air putih dan elakkan makan sebelum berjogging
  4. pakai kasut yg sesuai (jangan pulak pakai kasut tumit tinggi)
  5. jogging secara jemaah lebih afdhal (tak lah memboringkan dari sorang2 )
  6. sejukkan badan sebelum berhenti (teruskan berjalan selama 10 minit utk menurunkan kadar denyutan jantung dan setelah kembali normal bolehlah buat stretching, regangan dari bawah ke atas selama 15minit)
  7. waktu terbaik utk berjogging adalah waktu pagi kerana udara yg segar dan kandungan oksigen dalam udara adarah tinggi (alaa, klu tak sempat pagi petang pun blh dari tak jogging lansung kan? )

 

p/s: fuhh ! dapat jugak aku jogging harini..
cukuplah setakat ni dulu pembelajaran kita harini semoga topik ni memberi manafaat kepada kita semua, insyaAllah kita bertemu lagi di lain entry dgn topik yg lebih menarik







Sunday, 17 June 2012

petua untuk menghilangkan *JERAWAT*

sebagai wanita anda pasti akan merasa kurang berkeyakinan bila kulit muka mula di tumbuhi jerawat..tambah-tambah lagi kalau jerawat batu yg berderet beratur seperti nasi kandaq beratur..






di sini saya nak share petua yg saya dapat dari seorang kawan yg sekarang berada kat  jepun..setelah di tanya apakah rahsia kulit muka nya menjadi licin tanpa jerawat?..akhirnya dia membocorkan rahsia nya itu..

bahan2 yang di perlukan
1. sebiji panadol
2. sedikit air

 cara penggunaan..
mula2 hancurkan panadol sampai lunyai setelah panadol betul2 dah hancur campurkan dgn sedikit air..
lepas tu ? tunggu apalagi... tempek lah di bahagian muka yg berjerwat tu..( ingat hanya kawasan berjerawat sahaja)

untuk kulit wajah lebih cantik disamping tu anda haruslah ada produk pengjagaan wajah,jangan mengharapkan petua ni sebulat2nya..
1.pencuci muka yg bersuaian dengan kulit muka
2.toner
3.day cream/ uV

nak cantik kenalah rajin2 sikit membelainya ye...







selamat mencuba :)




produk ni yg saya pakai :)   



sekarang saya pakai produk ni ' nouvelles visage ' (pengasasnya arwah sosilawati) dan sekarang jerawat saya sudah makin berkurangan.. kalau nak cantik macam saya 'tirulah saya' hehee.. bergurau jer.. tak semua produk di pasaran bersesuai dgn kulit wajah semua org.. pilihan di tangan anda

p/s : sekian pembelajaran kita hari ini..insyaAllah kita bertemu lagi di lain entry dgn topik yg lebih menarik..:)





inilah kisah aku dan dia

kita berdua jauh berbeza bagai langit dan bumi tapi serasi.. sering saja terpisah..namun selalu merindu rinduan tapi bila bersama ada saja yang tak kena.. bila bersama jarang kita bercakap namun bila jauh sering saja bergayut mcm tak nak letak fon.. hrmm itulah kita.
lusa aku dah kena bertolak dan kita bakal terpisah lagi..sering kita berjauhan dan di sana nanti aku pasti terlalu amat merinduinya.. "terlalu" rinduuu.. sebulan rasa sekejap je masa berlalu,tup tup lusa aku dah kena bertolak ke sana..
bila dekat dgn dia aku selalu menangis " ada saja yg dia akan buat bg aku menangis" dan bila geram mula lah aku merajuk sehingga berjam2 tak bertegur sapa dgn dia.. dan bila berjauhan nanti aku pasti menagis lagi, tapi menagis kerana aku amat merindui dia..hal2 sebegini sudah masak utk kami berdua..

aku selalu mengharapkan  suatu saat nanti bila kita sudah berjaya kita tidak akan terpisah lagi oleh arus kesibukan masa.. dan sentiasa akan bersama walaupun kita banyak perbezaan di antara satu sama lain..

" aku menyayanginya.. kelmari,hari ini,esok dan semoga hingga ke Jannah "
"semoga Allah setuju"

Thursday, 14 June 2012

tanpa ku sedari airmata mengalir sedih dan sebak di dalam hati..

Dalam hidup ni kadang kita rasa sangat2 gembira dan kadang hanya airmata yang mampu berbicara.

Aku tak tahu mana silapnya,tetiba menjauhkan diri.. Klu org lain aku tak mungkin sesedih ini. Ini adik sendiri, hanya sbb teguran dia bermasam muka dengan aku.. Hanya Allah yg tahu niat aku masa tu,tak terlintas nak bg dia marah sekadar tegur apa yg salah.. ' aku kan kakak'

bg yang membaca ni mungkin anggap aku ni cerita macam ni pun nak tulis dlm blog kan? Tapi mana lagi aku nak luahkan perasaan aku.. Tak kan nak luah pada org2 sekeliling nnt tak pasal2 mereka2 benci adik aku. Aku sayang adik aku sbb tu aku tak cerita apa yg terpendam dalam hati ni..dan aku sayang mereka2 yg selalu dekat dgn ku.

Kadang tu dalam kita mendoakan kebahagian dalam masa yg sama tu juga kita di hujani dugaan.. Hidup tak selalu indah sebagaimana yg kita impikan.. Biarkan segalanya berjalan sebagaimana kehendakNya.. Kerana hanya Allah yg lebih tahu apa yg terbaik utk kita.

Percayalah.. Tiada duka yg abadi di dunia.. Sesulit apa pun dugaan yg mendatang, harus tenang dah santai saja menjalaninya..kita hanya mampu merancang tapi hanya Dia yg menentukan segalanya..

Suara hati hanya Allah yg lebih mengerti.. Ya Allah ' sekiranya aku pernah merasa tidak senang dengan kebahagiaan org lain ' maafkan aku.. Dan jauhilah aku dari perasaan iri hati dengan sesiapa sekalipun..

Sesungguhnya bahagia itu milik semua manusia.. 'jangan mengejar kebahagiaan,kebahagiaan akan lari sebaliknya mengecapi kebahagiaan yg ada disisi kerana itulah sebaik2nya kebahagiaan hati'


P/s: nampaknya dah semakin panjang luahan hati aku sebelum airmata jadi pengganti baris2 ayat lebih baik aku berhenti dulu di sini. Kadang layan perasaan sendiri blh buat kita menangis. Ok,lah.. Assalamualaikum..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 13 June 2012

perasaan yang aku sendiri tak tahu nak beri nama apa

pernah tak tiba2 korang rasa mcm nak nangis atau moody tanpa sebab ? ya ya.. tanpa sebab ? kenapa dan mengapa perasaan tu selalu menyelubungi aku semenjak dua menjak ni.. kadang2 takut juga, takut terjadi sesuatu yg tak di duga.. semoga di jauhkan.. nauzubillah..
sebenarnya aku tak tahu nak taip apa..main taip apa yg terlintas dkt otak aku ni.. apa yg terlintas time ni aku taip.. hrmm
sebenarnya.. aku cume nak meluahkan apa yg aku rasa skrg ni.. mudah2han lapang skit dada ni. tadi tgk cerita seindah sakura..jalan cerita mmg tip top..hampir setiap episod aku tak pernah ketinggalan.. dulu aku tak berapa suke sgt dgn si fasha tapi semenjak tgk citer seidah sakura.. serius ni, secara tiba2 aku minat pulak.. hrmm  ermm.. betullah kata org "masa blh mengubah rasa" sbb tu ada kata pujangga mengatakan jangan terlalu dlm membenci..dan jgn terlalu dlm menyayangi...
ntah..tetiba pulak aku suke dgr lagu ni.. bukan sini, kat bawah tu.. haish ! layan jiwang pulak..
ok..lah, mata pun dah mengantok..Assalamualaikum dan selamat malam sahabat2 semua

 
                                                                                                        
 




 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...